Eksploitasi wanita dalam pengiklanan
Penghargaan Assalamualaikum dan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia nya dapat kami menyiapkan projek E-Folio DUA6022 Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam 3. Tajuk tugasan kami adalah eksploitasi wanita di dalam pengiklanan. Untuk menjayakan tugasan ini, kami telah dibimbing oleh pensyarah kami, Puan Norsidah Bt Othman. Oleh itu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Norsidah Bt Othman kerana telah banyak membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar tentang pelaksanaannya. Pengertian Eksploitasi Pengertian eksploitasi adalah sesuatu tindakan menggunakan sesuatu secara berlebihan atau secara sewenang-wenangnya. Perkataan asal eksploitasi adalah daripada bahasa inggeris iaitu “exploitation”. Eksploitasi merupakan tindakan yang dilarang oleh pihak yang berkuasa tetapi ianya sering diabaikan dan pihak yang tertentu di atas tujuan untuk mengait keuntungan secara besar-besaran. Eksploitasi yang berlebihan akan mengakib...