Eksploitasi wanita dalam pengiklanan
Penghargaan
Assalamualaikum dan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia nya dapat kami menyiapkan projek E-Folio DUA6022 Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam 3. Tajuk tugasan kami adalah eksploitasi wanita di dalam pengiklanan.
Untuk menjayakan tugasan ini, kami telah dibimbing oleh pensyarah kami, Puan Norsidah Bt Othman. Oleh itu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Norsidah Bt Othman kerana telah banyak membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar tentang pelaksanaannya.
Pengertian
Eksploitasi
Pengertian eksploitasi adalah sesuatu
tindakan menggunakan sesuatu secara berlebihan atau secara sewenang-wenangnya.
Perkataan asal eksploitasi adalah daripada bahasa inggeris iaitu “exploitation”.
Eksploitasi merupakan tindakan yang dilarang oleh pihak yang berkuasa tetapi
ianya sering diabaikan dan pihak yang tertentu di atas tujuan untuk mengait
keuntungan secara besar-besaran. Eksploitasi yang berlebihan akan mengakibatkan
kesan yang buruk kepada subjek berkenaan.
Eksploitasi
Wanita di dalam Pengiklanan
Wanita sering digunakan sebagai
pelaris kepada sesuatu subjek seperti produk dan juga perkhidmatan. Penggunaan
imej wanita, secara sedar atau tidak ianya boleh memberikan kesan negatif
kepada subjek berkenaan sehingga boleh membangkitkan isu-isu yang yang
berleluasa atau tersebar luas. Ia bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada
subjek berkenaan, tetapi berkemungkinan boleh memberikan tanggapan yang tidak
baik kepada pihak yang terlibat. Oleh itu, pengendalian yang terbaik diperlukan
untuk menangani isu tersebut.
Isu-isu
yang berkaitan Eksploitasi Wanita
1. Isu
Berkenaan Sebuah Syarikat Minyak
Sebuah syarikat minyak telah menarik
balik iklan dikertas kadbod yang memaparkan imej seorang wanita diatas sebab
mereka mendapati gambar wanita tersebut telah dimuat naik di laman sosial
dengan perbuatan lucah tehadap gambar wanita tersebut. Ianya merupakan tindakan
yang patut dipuji dan dicontohi oleh semua pihak.
Semua pihak haruslah bekerjasama dan
jujur dalam memastikan wanita terbela dari isu-isu eksploitasi wanita.
Perbuatan lucah oleh beberapa orang lelaki terhadap imej wanita dikertas kadbod
sebagai iklan itu telah menunjukkan telah menunjukkan kekurangan nilai-nilai
akhlak dan adab yang semakin berleluasa daripada masyarakat kita.
2. Isu
Sebuah Syarikat Penerbangan
Sebuah syarikat penerbangan didapati
menggunakan imej tubuh badan wanita dalam mempromosikan iklan tawaran tiket
syarikat itu yang murah. Menurut pencarian yang kami dapati di media massa, isu
berkenaan dianggap sebagai menghina wanita.
Penggunaan imej tersebut juga
disifatkan sebagai perbuatan yang tidak berertika bertujuan untuk mengaut
keuntungan daripada golongan lelaki. Selain dari itu, pelbagai pihak dan
netizen telah memberi respon negatif terhadap iklan berkenaan. Netizen juga
mendakwa iklan berkenaan mengandungi unsur seksis.
Syarikat berkenaan mengendalinya
secara baik dengan mengakui kesalahan mereka dengan meminta maaf dan menyatakan
yang mereka tidak berniat untuk menjadi seksis dalam menjalankan urusniaga dan
mereka menghormati semua orang. Gambar tersebut juga telah dipadam daripada
semua laman media sosial syarikat berkenaan.
Hadis dan Dalil yang berkaitan
Hadis dan Dalil yang berkaitan
“Dan orang-orang yang beriman,
laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi
sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma’ruf, mencegah dari
yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan
rasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana”
2. Firman Allah surah An Nahl
ayat 97 yang ertinya :
“Barangsiapa mengerjakan amal soleh
baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami
berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan
kepada mereka dengan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan”
3. Hadith daripada Jarir bin
‘Abdillah RA beliau berkata :
“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW
berkenaan pandangan secara tiba-tiba (tidak sengaja kepada wanita), maka
Baginda mengarahkan aku untuk menundukkan pandangan. (Riwayat Muslim, no. 2159)
4. Allah SWT berfirman,
“Katakanlah kepada orang lelaki-lelaki
yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya”
5. Almarhum Ahmad Syauqi :
“Dan sesungguhnya semua umat kekal
selama adanya akhlak. Apabila mereka hilang akhlak, maka lenyaplah umat
tersebut.”
Penutup
Alhamdulillah, kami amat berbangga
kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada waktunya.
Akhir sekali Kami ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih
Group
Members
Raja Ainul - 29DHF15F2012
Khairul Faris - 29DHF15F2014
Hairol izham - 29DHF15F2061



Comments
Post a Comment